Ahad, 4 Mei 2014

Selangor Lepas Peluang Terajui Liga


Selangor melepaskan peluang untuk berada di tangga teratas Liga Super apabila hanya terikat 0-0 menentang Terengganu di Stadium Shah Alam. 
The Red Giants kini berada di tangga kedua, berkongsi mata (28) dengan Pahang yang dibezakan dengan jumlah jaringan. Pahang memiliki 11 perbezaan jaringan manakala Selangor memiliki 6 perbezaan jaringan buat setakat ini.

Dalam aksi yang berlangsung malam tadi, Selangor gagal memberi ancaman yang serius terhadap gawang Terengganu, sebaliknya jentera serangan skuad dari pantai timur itu dilihat lebih tajam, namun kecekapan Mohd Farizal Marlias kerap kali menafikan asakan Selangor.

Terengganu memiliki peluang terbaik di separuh masa pertama apabila tandukan Javier Estupinan yang menyambut sepakan percuma Ismail Faruqi dikeluarkan oleh Farizal.

Kebuntuan kedua-dua pasukan untuk mencari gol terheret ke separuh masa kedua, malah penampilan penyerang sensasi Selangor, Paulo Rangel turut tidak mampu berpuat apa-apa.

Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic memasukkan pemain baru mereka Mohd Nazmi Faiz Mansor di minit ke-60 dengan harapan untuk mencari kemenangan, namun keputususan 0-0 kekal hingga wisel penamat dibunyikan, sekaligus memberikan satu mata kepada kedua-dua pasukan.

Aksi tersebut melengkapkan 14 perlawanan untuk kesemua 12 pasukan yang bersaing dalam Liga Super.

Sumber:Stadium Astro Arena

Tiada ulasan :