Khamis, 1 Mei 2014

Glosari Islam(2)

 
              Batin-Perasaan dalam hati,tersembunyi,ghaib dan tidak kelihatan.
           Berhijrah-Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.
          Bertaqarrub-Perbuatan menghampirkan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
           Bidaah- Pembaharuan,terutamanya dalam agama Islam(ada yang dierima dan ada yang \ bercanggah dengan agama Islam).
          Budi-Pekerti,perangai,akhlak,tingkah laku,kelakuan dan watak seseorang.
       Darjat-Tingkatan atau taraf kedudukan dan maratabat.
       Dengki-Kebencian,kemarahan kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat,niat jahat yang terpendam terhadap seseorang disebabkan perasaan iri hati
      Doa-Bermohon kepada Tuhan/Allah S.W.T.
     Fasiq-Tidak mempedulikan perintah Allah,berdosa besar,buruk dan jahat perangai.
     Fatwa-Keputusan tentang sesuatu hukum agama yang belum pernah diputuskan lagi berdasarkan nas al-Quran,hadis dan sumber hukum lain,termasuk Ijtihad oleh Mufti atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak.
    Furuk-Persoalan cabang dalam kewajipan agama.
    Hadis Kudsi-Hadis yang diilhamkan oleh Allah.
    Halal-Hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan dalam Islam,diperbolehkan tidak ditegah oleh syarak,diizinkan,dibenarkan dan lawan hukum.
   Haul-Kiraan Takwim genap satu tahun(untuk membayar zakat).
  Hudud-Jamak bagi had,batasan atau peraturan,hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tidak boleh diubah-ubah oleh manusia seperti hukum zina,murtad dan minum arak.
  Ihsan-Beribadat Kepada Allah dengan meyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah S.W.T. yang sentiasa melihatnya,kebaikan,kebajikan,perbuatan yang baik dan kemurahan hati.
  Ijmak Ulama-Kesepakatan pendapat para Ulama yang berijtihad mengenai sesuatu hukum
  Ikhtilaf-Kepercayaan atau keyakinan di dalam hati yang berkaitan dengan rukun iman
 iktikaf-Perbuatan duduk berhenti di dalam masjid dengan niat bermunajat kepada Allah
 Infak-Pemberian sumbangan wang,harta dan sebagainya yang dibelanjakn untuk kebaikan seperti derma dan sedekah.
Istighfar-Permohonan kepada Allah untuk diampuni dosa manusia yang manusia bertaubat
Istiqamah-Ketaatan menjalankan sesuatu suruhan secara terus-menerus termasuk urusan agama.         

Tiada ulasan :